:
PENGENALAN


A. Penubuhan Sekolah

Sekolah Rendah Ibn Kathir (SRIK), Kampong Changkat, Gombak, Selangor Darul Ehsan telah ditubuhkan pada bulan Disember 1991 dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 20 Julai 1994 dengan nombor pendaftaran 092/9. Pengambilan pelajar sulungnya adalah seramai 39 orang beserta dengan 5 orang tenaga pengajar. Kini, bilangan pelajar adalah berjumlah 160 orang dan jumlah guru pula adalah seramai 14 orang serta seorang kakitangan pantadbiran.

B. Tujuan Penubuhan:

SRIK ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan pendidikan alternatif kepada ibu bapa dengan menyediakan pembelajaran mata pelajaran ugama dan akademik kepada pelajar-pelajar dari Tahun Satu sehinggan ke Tahun Enam.

C. Matlamat Pendidikan

Di antara lain, matlamat pendidikan SRIK ialah untuk memberi didikan ke arah melahirkan insan berakhlak yang mempunyai potensi tinggi dari aspek jasmani, rohani dan intelek untuk kenjadi perintis, pengurus dna pemimpin masyarakat yang baik di masa hadapan.

D. Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Pentadbiran SRIK dikendalikan oleh satu jawatankuasa Lembaga Pengelola yang dipengerusikan oleh Encik Mahyiddin Taat. Pengurusan harian sekolah dikendalikan oleh Guru Besar, Ustaz Muhammad Fauzi Naim Mohd dan dibantu oleh guru-guru dan kakitangan sekolah.

E. Kurikulum

Kurikulum SRIK disusun dan diselaraskan dengan Kurikulum Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Matematik
  • Kemahiran Hidup
  • Kajian Tempatan
  • Pendidikan Seni
  • Sains
  • Pendidikan Jasmani
  • Tajwid
  • Aqidah
  • Feqah
  • Akhlak
  • Sirah
  • Hafalan Al-Quran
  • Imlak
  • Khat

F. Ko-Kurikulum

Program ko-kurikulum adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang dapat mengasah dan menyuburkan bakat dan potensi pada para pelajar. Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan ialah:

  • Kelab-kelab akademik
  • Kelab kesenian
  • Seni mempertahankan diri
  • Puteri Islam


G. Masalah Logistik yang dihadapi sekarang


Bangunan sekolah terletak di tengah-tengah kawasan perumahan.
Kawasan yang amat terhad dan tidak ada ruang untuk membina makmal sains, kantin, padang permainan dan lain-lain.
Tidak dapat mengambil lebih ramai pelajar kerana saiz kelas yang kecil.